Wednesday, September 26, 2012

hujung

sukar mata memandang angin seperti duri di batang kayu hanya rasa menjadi tangan barulah hati mengerti tahu selatan itu tandanya mula untuk mendaki gunung kembara jitu sewaktu jatuh titik ke muara kotak hitam di dalam bilik gelap lalu rata suara bagaikan bisik sediakan tongkat buat si mata terbang burung dari sarang mencari pulau di dasar laut sirip dan sayap umpama buku percaya awan tidak akan hilang berpaut jika takut hanyut kerana manisnya gula lebih dari susu kadang-kadang kita berlagak tunduk menurut dengan bahasa bahu ibarat jiwa di dalam ombak menghakis sehingga terduduk senyap berkaki malu terukir cerita bermelodikan sebab sampai masa putih lalu lembab dikerumuni teman yang tidak panas terlintas sedar namun terikat bukan dengan tali tapi dengan sebab rimas lalu lemah tengelam dengan hakikat