Wednesday, September 26, 2012
hujung
sukar mata memandang angin
seperti duri di batang kayu
hanya rasa menjadi tangan
barulah hati mengerti tahu
selatan itu tandanya mula
untuk mendaki gunung kembara
jitu sewaktu jatuh
titik ke muara
kotak hitam di dalam bilik
gelap lalu rata
suara bagaikan bisik
sediakan tongkat buat si mata
terbang burung dari sarang
mencari pulau di dasar laut
sirip dan sayap umpama buku
percaya awan tidak akan hilang
berpaut jika takut hanyut
kerana manisnya gula lebih dari susu
kadang-kadang kita berlagak tunduk
menurut dengan bahasa bahu
ibarat jiwa di dalam ombak
menghakis sehingga terduduk
senyap berkaki malu
terukir cerita bermelodikan sebab
sampai masa putih lalu lembab
dikerumuni teman yang tidak panas
terlintas sedar namun terikat
bukan dengan tali tapi dengan sebab
rimas lalu lemah
tengelam dengan hakikat
Subscribe to:
Posts (Atom)