Wednesday, September 26, 2012
hujung
sukar mata memandang angin
seperti duri di batang kayu
hanya rasa menjadi tangan
barulah hati mengerti tahu
selatan itu tandanya mula
untuk mendaki gunung kembara
jitu sewaktu jatuh
titik ke muara
kotak hitam di dalam bilik
gelap lalu rata
suara bagaikan bisik
sediakan tongkat buat si mata
terbang burung dari sarang
mencari pulau di dasar laut
sirip dan sayap umpama buku
percaya awan tidak akan hilang
berpaut jika takut hanyut
kerana manisnya gula lebih dari susu
kadang-kadang kita berlagak tunduk
menurut dengan bahasa bahu
ibarat jiwa di dalam ombak
menghakis sehingga terduduk
senyap berkaki malu
terukir cerita bermelodikan sebab
sampai masa putih lalu lembab
dikerumuni teman yang tidak panas
terlintas sedar namun terikat
bukan dengan tali tapi dengan sebab
rimas lalu lemah
tengelam dengan hakikat
Monday, April 19, 2010
ANDAI
ANDAINYA AKU MAMPU
AKAN KU SERAH HIDUPKU
ANDAINYA AKU PERLU
AKAN KU SUJUD PADAMU
ANDAINYA KAU MAHU
TULUS DAN IKHLAS KU SERAH CINTA
ANDAINYA KAU TAHU
MATAKU PENUH DERETAN CINTA YANG MENYALA
KU BERHARAP SEMUA INI BENAR DAN NYATA
KERANA KU YAKIN INI ADALAH CINTA
KU BERDOA AGAR SEMUA INI SEMPURNA
KERANA KU PASTI DENGAN SELURUH JIWA DAN RAGA
KU BERHARAP DAN TERUS BERDOA
KERANA KU YAKIN DAN TERUS PASTI
INILAH CINTA
SEBUAH KASIH YANG ABADI
Ee
SAAT HITAM
LALUAN KU SURAM
JALAN KU KACAU
IBARAT AKU MEMUKUL ANGIN
MENUNGGU LEMAH PAKSA KU HENTI
ATAU BIAR SAJA AKU
TERUS BERNAFAS DI DALAM AIR
TERASA PERIT DAN PEDIH BUKAN KERANA LEMAS
TAPI KERANA HATI YANG TERGURIS
KE LAUT AKU LEMAS
KE TIMUR AKU SEJUK
UMPAMA BERJALAN DI ATAS PANAS
TERASA KECIL LANGKAH KU TAKUT
MENUNGGU MALAM MENGEKORI WAKTU
SEPERTI BINTANG PERLUKAN BULAN
JIWA KU KOSONG
BAGAIKAN KAKI YANG SEDANG KAKU
TERASA HAMPA BERLARI
MENITI SUNYI
MELIHAT HITAM
BERDIRI JAUH BERBUNYI HUJUNG PADA SEPI
Ee
Subscribe to:
Posts (Atom)